Match Excellence

Kuiz Online : Saya Duta Sihat 2024

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN, TUGASAN/AKTIVITI, PEMARKAHAN SERTA HADIAH-HADIAH

AKTIVITI/TUGASAN C: Kuiz Online: Saya Duta Sihat 2024 (INDIVIDU 1 JAM)

Kuiz Online Saya Duta Sihat adalah dengan cara menjawab 100 soalan Kuiz berkaitan kesihatan diri, pemakanan, penyakit, wabak dan alam sekitar secara dalam talian. Masa untuk menjawab adalah selama 1 jam sahaja. Peserta perlulah menjawab dengan betul dan tepat seberapa banyak soalan dalam tempoh masa tersebut. Markah akan diberikan berdasarkan jawapan yang tepat dan masa yang terpantas menghantar semula tugasan. 

TARIKH : 25 MEI 2024

HARI : SABTU

JAM : 10.00 – 11.00 PAGI

KRITERIAMARKAH
Soalan Objektif70%
Soalan Subjektif30%

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

– Acara Individu dan seorang guru pembimbing untuk 5 orang peserta.

– TERBUKA kepada Malaysia sahaja.

– DUA Kategori iaitu Kategori Sekolah Rendah (9 -12 tahun) dan Kategori Sekolah   Menengah (13 – 19 tahun)

– Pasukan sekolah boleh menghantar peserta seramai yang mungkin.

– Peserta akan menjawab melalui google form.

– Link URL untuk kuiz ini akan diberikan dalam borang pendaftaran.

– Link menjawab akan dibuka pada jam 9.55 pagi.

– Isi nombor KEAHLIAN yang diberi.

– Masa yang diberi untuk menjawab adalah 1 jam dan akan tamat jam 11.00 pagi.

– Link menjawab akan ditutup jam 11.30 pagi

– Peserta boleh menjawab seberapa banyak soalan dalam masa tersebut.

– Penilaian markah hanya diberi bagi jawapan yang betul dan yang dihantar sebelum/pada jam 11.00 pagi.

– Bagi mendapatkan sijil penyertaan, sila hantar jawapan sebelum jam 11.30 pagi walaupun masa menjawab telah tamat.

– Soalan-soalan yang diberikan adalah berbentuk objektif dan subjektif.

– Mana-mana peserta yang tidak menghantar jawapan sebelum jam 11.30 pagi adalah diluar tanggungjawab pihak penganjur dan tidak akan mendapat sijil penyertaan. Peserta dinasihatkan bersedia 15 minit lebih awal untuk persediaan menjawab soalan.

– Jawapan kuiz yang dikemukakan akan disemak oleh Jawatankuasa Penilaian Pertandingan Kuiz

– Keputusan pihak penganjur adalah MUKTAMAD.

PENCAPAIAN & HADIAH

KEDUDUKANBILRM
JOHAN1 X10” Tablet PC
NAIB JOHAN1 X10” Tablet PC
KETIGA1 X10” Tablet PC
KEEMPAT5 X50.00
KELIMA10 X30.00

*** Jumlah Bilangan Pemenang adalah 18 orang setiap Kategori.

      Setiap Pemenang akan disertakan Sijil Pencapaian Fizikal/Digital

**** Bagi Sijil Penghargaan guru pembimbing acara kuiz online ini, penyertaan bawah bimbingan guru ini mesti sekurang-kurang 5 peserta bagi membolehkan guru mendapat sijil penghargaan.

Keterangan lanjut berkaitan sijil penyertaan dan lain-lain maklumat berkaitan sila rujuk Kertas Konsep MySihat Care Challenge 2024

Sebarang pertanyaan berkaitan AKTIVITI/TUGASAN C ini, anda boleh whatsapp mesej sahaja urusetia yang bertanggungjawab bagi acara ini di talian 

  1. Kategori sekolah menengah : 017-7429760 (Cik Siti) whatsapp mesej sahaja
  2. Kategori sekolah rendah : 011-39475793 (En Aikhal) whatsapp mesej sahaja

Pendaftaran boleh dibuat secara individu/persendirian atau melalui sekolah secara berkumpulan. 

Adalah diingatkan bahawa pendaftaran yang dibuat dengan mengisi satu nama sahaja walaupun menggunakan borang pendaftaran berkumpulan akan dikira sebagai pendaftaran secara individu atau persendirian.

Sila pilih link yang berkaitan. 

Untuk mendaftar secara persendirian/individu, sila pilih link berkaitan di bawah:(Mula dibuka pada 10 Mac 2024 dan tutup pada 18 Mei 2024)
PENDAFTARAN PERSENDIRIAN/INDIVIDU PESERTA SEKOLAH RENDAHhttps://forms.gle/MG5Gu3UbTCJDhxUTA
PENDAFTARAN PERSENDIRIAN/INDIVIDU PESERTASEKOLAH MENENGAHhttps://forms.gle/TJrFbBzFb2e2pjHj6
Untuk mendaftar secara berkumpulan melalui sekolah, sila pilih link berkaitan di bawah:(Mula dibuka pada 10 Mac 2024 dan tutup pada 18 Mei 2024)
PENDAFTARAN –  SEKOLAH RENDAHSila pilih negeri Johor / Melaka / Negeri SembilanKedah / Perlis / Pulau PinangKelantan / Pahang / TerengganuPerak / SelangorSabah / SarawakWP Kuala Lumpur / Labuan / Putrajaya
PENDAFTARAN –  SEKOLAH MENENGAHSila pilih negeri Johor / Melaka / Negeri SembilanKedah / Perlis / Pulau PinangKelantan / Pahang / TerengganuPerak / SelangorSabah / SarawakWP Kuala Lumpur / Labuan / Putrajaya