Video Kreatif: Balutan dan Bebatan yang berkesan
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN, TUGASAN/AKTIVITI, PEMARKAHAN SERTA HADIAH-HADIAH
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN AKTIVITI/TUGASAN B: Video Kreatif: Balutan dan Bebatan yang berkesan
– Acara Berpasukan/Kumpulan.
– TERBUKA kepada Malaysia dan Lain-lain Negara
– DUA Kategori iaitu Kategori Sekolah Rendah (9 -12 tahun) dan Kategori Sekolah Menengah (13 – 19 tahun)
– 5 orang peserta dengan seorang guru pembimbing sahaja untuk satu pasukan.
– Dibenarkan menghantar lebih dari satu pasukan.
– Peserta hendaklah menggunakan bahan rawatan yang bersesuaian.
– Video boleh disunting, ditambah kesan khas dan kesan bunyi serta lagu/muzik latar yang bersesuaian.
– Durasi setiap video adalah minimum 3 minit dan maksimum 5 minit.
– Video bebas mengandungi dialog-dialog dalam pelbagai bahasa dan loghat. Sarikata (Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris) perlu disertakan.
– Pakaian, dialog dan pelakuan di dalam video MESTILAH sopan serta tidak mengandungi dialog dan pelakuan yang ganas, kasar dan lucah.
– Pemakaian peserta hendaklah bersesuaian dengan babak lakonan yang akan dibuat.
– LOGO Matchex perlu dimasukkan di awal atau akhir video tersebut.
– Video hendaklah dihantar dengan cara memuatnaik melalui link google form (yang akan diberikan selepas pendaftaran dibuat) dalam format MP4.
AKTIVITI/TUGASAN B: Video Kreatif: Balutan dan Bebatan yang berkesan
Menghasilkan satu video berdurasi minimum 3 minit dan maksimum 5 minit berkenaan Teknik Bantuan awal merawat, membebat dan membalut luka yang berkesan dan kemas kepada mangsa yang mengalami kemalangan seperti berikut:
SITUASI 1 – Memberikan rawatan dan bantuan dengan cara membebat luka dan membalut menggunakan teknik Reverse Spiral serta dianduhkan kepada seorang mangsa yang sedang mengalami luka terhiris di lengan bawah (forearm) akibat benda tajam serta mengalami pendarahan yang banyak.
Guru kelas anda telah meminta anda dan beberapa rakan yang lain untuk membantunya membersihkan dan menceriakan kawasan bilik darjah bagi tujuan keselesaan bersama. Guru kelas mengarahkan supaya anda bersama empat rakan yang lain menyapu lantai dan mengelap cermin sementara kumpulan yang lain mengelap kipas dan menyusun meja. Sewaktu anda sedang menyapu lantai tiba-tiba anda terdengar bunyi kerusi patah dan cermin tingkap pecah. Sejurus kemudian anda dimaklumkan bahawa ada seorang rakan anda telah luka dan mengalami pendarahan yang banyak pada lengan bawah sebelah kanan akibat terkena cermin yang pecah.
Rakan-rakan yang lain terus berkerumun untuk melihat kejadian tersebut. Anda melihat darah mengalir semakin laju kemungkinan kaca tersebut telah terkena pada saluran darah. Tindakan pantas anda adalah dengan meminta bantuan rakan yang lain untuk memaklumkan kepada guru dan mengambil kotak pertolongan cemas di pejabat. Dalam waktu sama itu juga anda melihat ada perubahan warna kulit muka mangsa tersebut telah menjadi pucat serta mangsa dalam keadaan terkejut.
Apakah tindakan yang sewajarnya perlu anda lakukan seterusnya dalam situasi sebegini? Dalam perkiraan anda, bantuan yang perlu dilakukan adalah dengan membebat luka dan membalut menggunakan teknik Reverse Spiral serta dianduhkan bagi seorang mangsa yang sedang mengalami luka terhiris di lengan bawah (forearm) akibat benda tajam serta mengalami pendarahan yang banyak.
Tugasan: Gambarkan dan lakonkan babak-babak di atas dengan daya kreativiti masing-masing. Tunjukkan dengan jelas tindakan mengikut aturan dan keberkesanan rawatan yang diberikan. Berikan penamat yang menggembirakan di akhir situasi ini.
ATAU
SITUASI 2 – Merawat kecederaan sendi buku lali dengan cara memberikan tuaman sejuk dan seterusnya membalut sendi tersebut menggunakan teknik Figure of Eight kepada seorang ahli sukan yang sedang kesakitan akibat terseliuh dalam perlawanan sukan bola tampar.
Pada hari ini berlangsungnya hari sukan di sekolah anda. Ramai murid-murid akan mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan sekolah. Anda bersama pasukan anda tidak terlibat dalam mana-mana acara sukan tetapi anda dan beberapa rakan yang lain telah diarahkan menjadi pembantu kecemasan bersama seorang guru.
Anda dan beberapa yang lain telah diminta untuk bertugas pada acara bola tampar yang akan berlangsung di dalam dewan. Guru pembimbing anda telah menyediakan dan membekalkan set kelengkapan bantuan kecemasan untuk digunakan sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini. Pada perlawanan awal tiada sebarang kejadian kecederaan berlaku. Perlawanan acara bola tampar ini menjadi semakin rancak sehinggalah tiba perlawanan akhir berlangsung. Pada perlawanan akhir semua peserta dalam keadaan tertekan dan terlalu bersemangat untuk memenanginya. Tiba-tiba satu kejadian telah berlaku di mana seorang peserta telah terjatuh mengakibatkan kaki kanannya terseliuh. Peserta tersebut tidak dapat bangun berdiri apatah lagi untuk berjalan. Pengadil terus menghentikan perlawanan buat sementara akibat kejadian berkenaan.
Maka dalam situasi berkenaan anda yang bertugas dalam pasukan bantuan kecemasan dipanggil masuk oleh pengadil untuk menilai dan membantu peserta itu. Dalam pemeriksaan awalan, anda mendapati buku lali peserta itu telah membengkak dan perubahan warna kulit menjadi kebiruan. Anda telah melaporkan kepada guru yang bertugas dan anda diminta memapah mangsa tersebut untuk keluar dari gelanggang sebelum bantuan dapat diberikan. Anda telah mempunyai sedikit pengalaman dalam membantu mangsa yang terseliuh sebelum ini dengan memberikan tuaman sejuk dan seterusnya membalut sendi tersebut menggunakan teknik Figure of Eight.
Tunjukkan langkah terbaik yang boleh anda lakukan bersama rakan-rakan yang lain dalam membantu mangsa berkenaan.
Tugasan: Gambarkan dan lakonkan babak-babak di atas dengan daya kreativiti masing-masing. Tunjukkan dengan jelas tindakan mengikut aturan dan keberkesanan rawatan yang diberikan. Berikan pengakhiran yang menggembirakan di akhir situasi ini.
PANDUAN PEMARKAHAN
KRITERIA | MARKAH |
Ketepatan Tema/Genre | 5% |
Kawalan terhadap situasi kecemasan | 5% |
Penggunaan dan Kesesuaian Peralatan | 10% |
Teknik Keberkesanan Rawatan dan Balutan | 30% |
Kekemasan Balutan | 10% |
Komunikasi | 5% |
Penghayatan watak | 5% |
Kerjasama ahli pasukan | 5% |
Solekan Kecederaan/Casualty Makeup | 5% |
Prop, Pakaian dan aksesori | 5% |
Kesan Khas dan Kesan Bunyi | 5% |
Kreativiti dan Kualiti | 5% |
Faktor WOW | 5% |
PENCAPAIAN & HADIAH
KEDUDUKAN | BIL | RM |
JOHAN | 1 X | 300.00 |
NAIB JOHAN | 2 X | 150.00 |
KETIGA | 3 X | 100.00 |
KEEMPAT | 4 X | 70.00 |
KELIMA | 5 X | 50.00 |
*** Jumlah Bilangan Pemenang adalah 15 pasukan setiap Kategori.
Setiap Pemenang akan disertakan Sijil Pencapaian Fizikal/Digital
Keterangan lanjut berkaitan sijil penyertaan dan lain-lain maklumat berkaitan sila rujuk Kertas Konsep MySihat Care Challenge 2024
**Sebarang pertanyaan berkaitan AKTIVITI/TUGASAN B ini, anda boleh whatsapp mesej sahaja urusetia yang bertanggungjawab bagi acara ini di talian
- Kategori sekolah menengah : 017-6139247 (Cik Nurin) whatsapp mesej sahaja
- Kategori sekolah rendah : 013-9620780 (Puan Yati) whatsapp mesej atau telegram sahaja
Untuk mendaftar, sila pilih link berkaitan di bawah:(Mula dibuka pada 10 Mac 2024 dan tutup pada 18 Mei 2024) | |
PENDAFTARAN PESERTA SEKOLAH RENDAH | https://forms.gle/ajjWDBiqHwMWtaFB9 |
PENDAFTARAN PESERTA SEKOLAH MENENGAH | https://forms.gle/npWkcpzWxx7c7utR6 |