Match Excellence

Pejabat

Diamond Square Commercial Centre

Email

mymatchcentre@gmail.com

MatchEX

Video Kreatif: CPR/BLS yang berkualiti

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN, TUGASAN/AKTIVITI, PEMARKAHAN SERTA HADIAH-HADIAH

SYARAT PENYERTAAN AKTIVITI/TUGASAN A: Video Kreatif: CPR/BLS yang berkualiti

– Acara Berpasukan/Kumpulan.

– TERBUKA kepada Malaysia dan Lain-lain Negara

– DUA Kategori iaitu Kategori Sekolah Rendah (9 -12 tahun) dan Kategori Sekolah Menengah (13 – 19 tahun)

– 5 orang peserta dengan seorang guru pembimbing sahaja untuk satu pasukan.

– Dibenarkan menghantar lebih dari satu pasukan.

– Peserta hendaklah menggunakan patung/dummy sewaktu melakukan tekanan dada.

– Video boleh disunting, ditambah kesan khas dan kesan bunyi serta lagu/muzik latar yang bersesuaian.

– Durasi setiap video adalah minimum 3 minit dan maksimum 5 minit.

– Video bebas mengandungi dialog-dialog dalam pelbagai bahasa dan loghat.  Sarikata (Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris) perlu disertakan.

– Pakaian, dialog dan pelakuan di dalam video MESTILAH sopan serta tidak mengandungi dialog dan pelakuan yang ganas, kasar dan lucah.

– Pemakaian peserta hendaklah bersesuaian dengan babak lakonan yang akan dibuat.

– LOGO Matchex perlu dimasukkan di awal atau akhir video tersebut.

– Video hendaklah dihantar dengan cara memuatnaik melalui link google form (yang akan diberikan selepas pendaftaran dibuat) dalam format MP4.

AKTIVITI/TUGASAN A: Video Kreatif: CPR/BLS yang berkualiti

Menghasilkan satu video berdurasi minimum 3 minit dan maksimum 5 minit berkenaan Teknik Bantuan Asas Hidup iaitu Pemulihan Jantung dan Pernafasan (CPR) yang berkualiti kepada mangsa yang mengalami kemalangan seperti berikut:

SITUASI 1 – Memberikan bantuan kepada mangsa yang tercekik makanan hingga tidak sedarkan   diri, tiada   pernafasan dan tiada nadi. 

Anda adalah seorang ahli unit kecemasan sebuah badan beruniform. Suatu hari anda sedang berada di pekarangan kantin sekolah pada waktu rehat untuk membeli makanan. Sewaktu anda dan kawan-kawan yang lain beratur untuk membeli makanan tiba-tiba anda terdengar satu kekecohan sekumpulan murid dan terlihat keadaan hingar bingar serta terjerit-jerit meminta pertolongan. Tanpa berlengah anda terus meluru ke meja makan tersebut untuk melihat apa yang terjadi, anda mendapati ada seorang murid yang tidak sedarkan diri dan telah terlentang di lantai. Rakan-rakan yang lain hanya terpinga-pinga dan mengerumuni murid tersebut tanpa memberikan sebarang bantuan. 

Tindakan pertama anda adalah meminta agar rakan-rakan yang lain memberikan ruang dan bertanyakan punca kejadian tersebut kepada salah seorang murid disitu dan dia memberitahu bahawa rakannya itu telah tercekik kuih buah melaka, dan menyebabkannya tidak boleh bernafas hingga tidak sedarkan diri. Anda terlihat memang ada baki kuih melaka di tangan mangsa.

Setelah anda membuat pemeriksaan lanjut, anda mendapati kulit mukanya biru dan di dalam mulut mangsa masih terdapat makanan, mangsa juga tiada pernafasan serta tiada nadi. Apakah tindakan yang sewajarnya perlu anda lakukan seterusnya dalam situasi sebegini? 

Tugasan: Gambarkan dan lakonkan babak-babak di atas dengan daya kreativiti masing-masing. Tunjukkan dengan  jelas tindakan mengikut aturan dan keberkesanan rawatan yang diberikan. Berikan penamat yang menggembirakan di akhir situasi ini.

ATAU

SITUASI 2 – Memberikan bantuan kepada mangsa yang lemas, tidak sedarkan diri dan tiada nadi disebabkan terperangkap di dalam sebuah bilik makmal yang penuh kepulan asap kebakaran.

Sewaktu anda dan rakan-rakan sedang melaksanakan aktiviti kokurikulum di dalam kelas tiba-tiba kedengaran loceng kecemasan sekolah berbunyi. Anda dan rakan-rakan agak tergamam sebab tidak pernah mendengar loceng kecemasan sekolah anda berbunyi dengan begitu panjang. Anda menjangkakan tentu ada sesuatu yang telah terjadi. Dalam waktu yang sama anda mendengar satu pengumuman melalui pembesar suara yang meminta semua murid agar keluar mengosongkan  bangunan tersebut dengan segera.

Anda bersama rakan-rakan yang lain menjadi panik dan tanpa membuang masa terus berlari bertempiaran keluar dari bilik darjah ibarat anak ayam kehilangan ibu. Sewaktu berlari menuruni tangga ada juga yang terjatuh akibat tolak menolak sesama mereka disebabkan rasa cemas tanpa ketahuan puncanya.

Sedang anda melalui tingkat bangunan yang menempatkan bilik makmal sekolah, anda terlihat asap yang hitam berkepul-kepul keluar melalui tingkap. Anda juga terdengar ada suara murid yang menjerit meminta pertolongan dari dalam makmal tersebut. Tanpa berlengah anda membuat keputusan untuk melihat ke dalam bilik makmal untuk mengetahui apa yang telah berlaku sebenarnya. Setelah anda membuka pintu makmal, anda terlihat ada seseorang telah tertiarap di atas lantai dalam kepulan asap yang agak tebal. Anda cuba memanggil orang berkenaan tetapi tiada tindak balas daripadanya. Melihatkan situasi yang mencemaskan tersebut anda telah memanggil rakan-rakan yang lain untuk cuba membantu mengeluarkan mangsa kelemasan asap tebal yang tidak sedarkan diri itu. Apakah langkah terbaik yang boleh anda lakukan bersama rakan-rakan yang lain?   

Tugasan: Gambarkan dan lakonkan babak-babak di atas dengan daya kreativiti masing-masing. Tunjukkan dengan jelas tindakan mengikut aturan dan keberkesanan rawatan yang diberikan. Berikan pengakhiran yang menggembirakan di akhir situasi ini.

ATAU

SITUASI 3 – Memberikan bantuan kepada seorang nenek/datuk yang sedang mengalami serangan jantung setelah mendapat perkhabaran berita yang kurang menyenangkan.

Anda bersama rakan-rakan sedang berbual sambil berjalan untuk menghadiri aktiviti mingguan badan beruniform di sekolah. Sewaktu menghampiri pondok bas di hadapan sekolah, anda terlihat ada seorang tua yang sedang duduk di bangku dalam keadaan termenung sendirian. Dalam pemerhatian dan pengamatan anda terhadap orang tua berkenaan anda mendapati orang tua itu dalam keadaan sugul sambil tangannya mengusap-usap dada. Dalam hati kecil anda berkata dan merasakan bahawa orang tua itu tentu berada dalam kesusahan atau kesakitan.

Anda seterusnya mencuit rakan-rakan yang lain untuk memberitahu dan menyatakan perihal keadaan orang tua itu tetapi reaksi rakan-rakan anda yang lain seperti tidak mahu memperdulikannya. Anda berasa serba salah untuk menyapa dan bertanya keadaan orang tua itu disebabkan kesuntukan masa mengejar waktu bagi menghadiri aktiviti mingguan kokurikulum. Dalam masa yang sama juga berbagai perasaan bermain di jiwa anda, sama ada hendak membantu orang tua itu atau terus mengikut rakan-rakan yang lain menuju masuk ke pekarangan sekolah.

Sewaktu berjalan melintas di hadapan orang tua itu, anda terperasankan yang pernafasannya dalam keadaan yang tidak menentu serta tercungap-cungap dengan mukanya seakan tertunduk ke bawah. Anda berasa tidak sedap hati melihatkan perihal sedemikian, lantas anda cuba menyapanya dan anda mendapati tindak balas orang tua itu agak lambat. Pada waktu hendak mengangkat mukanya, orang tua berkenaan terus terjelepuk ke tanah seolah-olah hilang keseimbangan badan. Anda juga dapat melihat di sebelah tangan kirinya tergenggam sampul surat yang renyuk dan tangan kanannya diletakkan di dada. Kelihatan juga raut mukanya yang pucat dan matanya yang berair. Sejurus kemudian orang tua tersebut terus tidak sedarkan diri.

Melihat kejadian sedemikian, anda terus menjerit meminta pertolongan daripada rakan-rakan lain yang telah berada di sebalik pagar sekolah. Apakah tindakan dan bantuan yang sewajarnya anda berikan kepada orang tua berkenaan?

Tugasan: Gambarkan dan lakonkan babak-babak di atas dengan daya kreativiti masing-masing. Tunjukkan dengan jelas tindakan mengikut aturan dan keberkesanan rawatan yang diberikan. Berikan pengakhiran yang menggembirakan di akhir situasi ini. 

PANDUAN PEMARKAHAN 

KRITERIAMARKAH
Ketepatan Tema/Genre5%
Kawalan terhadap situasi kecemasan10%
Teknik Rawatan Awal10%
Teknik dan Kualiti CPR30%
Ketulenan idea5%
Penghayatan watak5%
Kerjasama ahli pasukan5%
Solekan Kecederaan/Casualty Makeup5%
Prop, Pakaian dan aksesori5%
Kesan Khas dan Kesan Bunyi5%
Kreativiti dan Kualiti10%
Faktor WOW5%

PENCAPAIAN & HADIAH

KEDUDUKANBILRM
JOHAN1 X300.00
NAIB JOHAN2 X150.00
KETIGA3 X100.00
KEEMPAT4 X70.00
KELIMA5 X50.00

*** Jumlah Bilangan Pemenang adalah 15 pasukan setiap Kategori.

     Setiap Pemenang akan disertakan Sijil Pencapaian Fizikal/Digital

Keterangan lanjut berkaitan sijil penyertaan dan lain-lain maklumat berkaitan sila rujuk Kertas Konsep MySihat Care Challenge 2024

 **Sebarang pertanyaan berkaitan Tugasan/Aktiviti A ini, anda boleh whatsapp mesej / telegram sahaja urusetia yang bertanggungjawab bagi acara ini di talian 

  1. Kategori sekolah menengah : 013-9620780 (Puan Yati) whatsapp mesej atau telegram sahaja
  2. Kategori sekolah rendah : 013-336 3256 (En Baihaqi) whatsapp mesej sahaja
Untuk mendaftar, sila pilih link berkaitan di bawah: (Mula dibuka pada 10 Mac 2024 dan tutup pada 18 Mei 2024)
PENDAFTARAN PESERTA SEKOLAH RENDAHhttps://forms.gle/i7pXkkVXywwaJMPR6
2. PENDAFTARAN PESERTA SEKOLAH MENENGAHhttps://forms.gle/HCRqs8h79aWMLzZKA